header

Sun Life Malaysia Bertekad Membina Masa Depan Lebih Cerah dan Lestari Untuk Semua


Sebagai sebuah organisasi yang bermatlamat lestari, Sun Life Malaysia bukan sahaja berusaha memupuk kesejahteraan kewangan bahkan kami bertekad untuk membawa kesan positif kepada masyarakat dan alam sekitar.


Pada tahun ini, kami telah menggiatkan usaha untuk membawa kesan bermakna kepada 14,533 insan menerusi pelbagai aktiviti dan program di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat “Brighter You”. Antara aktiviti penting termasuk mengadakan sesi saringan glukosa darah percuma untuk lebih daripada 5,900 rakyat Malaysia, menyumbang 5,000 kit ujian kendiri diabetes kepada orang ramai, menganjurkan program bantuan makanan yang membawa manfaat kepada 504 keluarga B40, menjalankan siri bengkel kesejahteraan mental dan fizikal untuk belia kurang berkemampuan dan menanam lebih daripada 1,000 pokok bakau, di samping beberapa inisiatif lain.


Saksikan video yang mengimbas kembali aktiviti di SINI untuk mengetahui lebih lanjut usaha kami menentang diabetes, menyokong tindakan mencegah perubahan iklim dan menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan masyarakat.


Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerjasama kami yang dihargai - Yayasan Hijau Malaysia, HOPE Worldwide Malaysia, Food Aid Foundation, United Voice, dan kakitangan kami yang berdedikasi. Bersama-sama marilah kita membawa kesan yang bermakna kepada para Pelanggan, masyarakat dan bumi kita.