header

Sun Life Malaysia Meriahkan Suasana Bukit Bintang untuk Kiraan Detik Ambang Tahun Baharu


Sun Life Malaysia menyambut kedatangan 2024 dengan satu siri video yang menerangi jalan-jalan yang dipenuhi pengunjung di Bukit Bintang. Paparan visual luar biasa ini menghiasi skrin besar di kawasan tersebut, termasuk skrin di LED Pavilion Elite, skrin Connection Pavilion Mall, skrin LED melengkung Fahrenheit 88, dan skrin di luar Hotel WOLO.


Sebelum kiraan detik bermula, iklan-iklan Sun Life Malaysia dipaparkan di skrin selama 20 minit, mencerminkan komitmen kami untuk menyinari kehidupan anda pada tahun yang mendatang. Sempena sambutan perayaan ini, cenderahati Tahun Baharu percuma telah dihadiahkan kepada orang ramai untuk mewarnai acara sambil menceriakan lagi sambutan!


Bagi mereka yang tidak sempat menyaksikan sambutan yang gilang-gemilang ini, tontoni video kiraan detik Tahun Baharu yang sungguh menyeronokkan di SINI.