header

Meraikan Kejayaan Selama Sedekad


Kami sukacita untuk berkongsi ‘Video Sedutan Akhir Tahun’ eksklusif kami, memaparkan pelbagai kejayaan dan mercu jaya yang kami capai sepanjang tahun 2023.


Tahun 2023 memang amat bermakna bagi Sun Life Malaysia. Kami meraikan kecemerlangan selama sedekad sepanjang tahun ini dengan aktiviti menyeronokkan dan pelbagai sambutan termasuk acara pelancaran unik dan jerayawara jenama, di samping majlis penghargaan khas untuk para Pelanggan dan kakitangan, ganjaran ulang tahun dan promosi produk bulanan, pengaktifan jenama, cenderahati ulang tahun edisi terhad dan peraduan media sosial dengan tema ‘’10 Years Brighter’. Tema ini sesungguhnya memperlihatkan komitmen kami mencipta masa depan lebih cerah bagi lebih daripada 1.2 juta Pelanggan kami.


Sambil kami mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2023 yang luar biasa, video ini mengukir kenangan manis yang mengimbau memori dan pencapaian kita bersama.


Terima kasih sekali lagi kerana telah menjadi sebahagian penting daripada perjalanan kami dan kami berharap untuk mencapai mercu jaya lebih besar bersama anda pada tahun-tahun yang mendatang.


Saksikan video di SINI.